TV ADMAA


 Untuk melihat keseluruhan video yang telah di upkan klik disini ..

Grading ADMAA 2008

Julai 2008 - Grading ADMAA telah diadakan di Gelanggang Pusat ADMAA, Kg. Sg. Ibor, Gurun, Kedah. Seramai lebih kurang 30 peserta mengambil ujian dan kesemua peserta lulus dengan baik.

Peserta Graading besama Grandmaster Awang Daud dan Cikgu Haji

Peserta grading bersama Grandmaster Awang Daud.

Gurulatih Penguji : Cikgu Haji dan Paklang Adi

Gurulatih Penguji : Cikgu Haji dan Paklang Adi.

Grading : Elakan dan pukulan

Ujian Elakan dan Pukulan.

Graading : Elakan dan pukulan

Ujian Elakan dan Pukulan.

Penyerahan tali pinggang dan sijil oleh Ustaz Firdaus

Penyerahan tali pinggang dan sijil oleh Ustaz Firdaus.

Demonstrasi Majlis Perkahwinan

Sabtu, 13 Disember 2008 - ADMAA Kajang telah dijemput untuk mengadakan demonstrasi silat dalam majlis perkahwinan yang berlangsung di Taman Sutera,  Kajang. ADMAA telah mempersembahkan gerakan asas, gerakan pisau, gerakan rotan, tempur tangan kosong, tempur pisau dan tempur rotan. Boleh dikatakan setiap bulan ADMAA mendapat jemputan daripada majlis perkahwinan sekitar Gurun, Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan.

Forum Di AwangDaud.Com

Assalamualaikum.

Ingin dimaklumkan bahawa Forum telah pun di siapkan dan telah sedia untuk digunakan buat rakan ahli ADMAA.

Gunakanlah Forum ini sama ada untuk berbincang dan sebagainya.

Walaubagaimanapun sahabat sekelian diharap dapat menjaga keharmonian ketika berforum

Sekian, Selamat berforum. 

Pengambilan Ahli Baru

Kempen pengambilan ahli baru sedang giat dijalankan pada setiap pusat latihan.

Kepada mereka yang berminat atau mempunyai saudara mara yang berminat untuk mempelari sini bela diri secara mudah dan berkesan ini boleh berhubung terus dengan penama penama yang di nyatakan di sebelah.

sekian harap maklum.

Awang Daud Martial Arts Academy

Gelanggang Pusat ADMAA

Gelanggang Pusat ADMAA.

ADMAA telah ditubuhkan pada tahun 1992. Ketika itu ia berpusat Kota Bahru, Kelantan.
ADMAA telah bergerak aktif dan mempunyai ahli berdaftar seramai hampir 800 orang ketika itu.

Seterusnya…

Cikgu Awang Daud

Pelajaran

Tentang pelajaran, yang saya belajar dekat Dato’ Meor buah tangkapan 1-7, kombat 1-7, pentas 1-7. Semua ada tujuh, tujuh, tujuh. Bila dah ada tujuh-tujuh tu, masa kursus jurulatih yang pertama, tahun 1973 di Taiping, Dato’ Meor suruh saya dengan Cikgu Majid, yang 7 semua jadikan 21. Kalau jurulatih sekarang ni kata dia pakar sampai 21, buah dia dapat (daripada Dato’ Meor) 21 biji, semua tu pelawak, pembohong! Baik Gayong Pusaka, Gayong Malaysia. Asalnya buah tangkapan, buah kunci ni 21 saya dengan Cikgu Majid (yang susun). Buah pukulan 1 sampai 21, saya dengan Cikgu Majid (yang susun). Semua daripada kami dua orang. Semua di bawah kami. Termasuk anak dia sendiri Badek, Siti Kalsom. Semua di bawah kami.

Seterusnya…